Thursday, 24 November 2011

KELAS PEMULIHAN KHAS

OBJEKTIF


Setelah mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditentukan murid boleh:

i. menguasai kemahiran asas 3M

ii. meneruskan pembelajaran di dalam kelas biasa.

iii. menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pelajaran.



MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.



KONSEP KELAS PEMULIHAN KHAS
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas iaitu:

MEMBACA

MENULIS

MENGIRA


1. KONSEP
1.1 Program pendidikan pemulihan adalah satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah.Program ini khusus ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira dan dikendalikan oleh guru-guru Pemulihan Khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

2. OBJEKTIF
2.1 Membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemairan-kemahiran membaca, menulis dan mengira;

2.2 Membantu murid-murid mengatasi sikap yang negatif dan tingkahlaku
yang menjejaskan pembelajaran dan memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

3. STRATEGI PENDIDIKAN PEMULIHAN
3.1 Murid yang memerlukan pengajaran pemulihan di bawa keluar ke kelas Pemulihan Khas pada masa-masa tertentu untuk mendapatkan pengajaran pemulihan daripada guru pemulihan khas. Setelah selesai mereka akan balik semula ke kelas biasa untuk meneruskan pelajaran mereka.

4. TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS
4.1 Mengajar murid-murid lemah dari Tahun 2 – 6.
4.2 Mengajar dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Matematik.
4.3 Mengajar di Kelas Pemulihan Khas sahaja.
4.4 Mengubahsuai aktiviti-aktiviti pembelajaran dalam sukatan pelajaran mengikut keperluan murid.
4.5 Berjumpa dan berbincang dengan guru kelas/ibu bapa bagi memahami masalah dengan lebih mendalam.
4.6 Melakasana penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid.

Friday, 14 October 2011

Nak kongsi menu kesihatan....
Boleh diamalkan untuk kesihatan tubuh badan.....
Cubalah untuk 14 hari secara konsisten... InsyaAllah menjadi...


menu diet~


cabaran 14 hari nie..hmmm
Pilihan sarapan pagi ;
  • Semangkuk oat dan nescafe
  • Sekeping roti canai dan kuah dal dan secawan teh o
  • 2 keping roti mil penuh , 4 sudu tuna dangan timun dan salad serta air soya.
  • Semangkuk bijirin fiber dan secawan teh o
  • 2 ketul popia basah dan segelas teh o
  • 2 biji karipap kentang dan secawan nescafe 0
  • 2 keping roti bakar serta jam dan segelas susu.
  • 2 biji telur setengah masak dan secawan kopi.
Pilihan Makanan tengahari
Padankan dengan air suam dan minum segelas air sebelum makan
  • 1/2 senduk nasi dan 1/2 senduk kacang buncis goreng dan seketul ikan tongkol masak kuah.
  • 1/2 senduk nasi dan 1/2 ikan kembung bakar dan ulaman dan setengah sudu sambal belacan
  • Setengah senduk mee hoon goreng
  • 1 mangkuk kecil bubur ayam/ikan dan 1/4 telur masin
  • Kweyteow sup
  • 1/2 cawan makaroni goreng
  • 1/2 senduk nasi dan 1/2 ekor ikan masak halia (kukus) dan 1/2 senduk sayur campur.
  • 1/2 senduk nasi dan seketul ayam dada masak sup
  • 1/2 senduk nasi dan ayam dada masak paprik.
  • 1 senduk nasi satu mangkuk besar kerang rebus dan cili sos.
  • 1 senduk nasi,tauhu goreng dan satu senduk sayur campur.
  • 1 mangkuk mee wantan.
  • 1/2 mangkuk pasta
  • 1/2 senduk nasi putih, dan seekor ikan kerisi dan 1/2 senduk sayur kubis
  • 1/2 nasi goreng kampung dan lai chee kang
  • 1/2 nasi putih ,sambal tempe ikan bilis dan sup bayam.
Pilihan makanan ganti makan malam
  • 2 ketul popia basah dan jus tembikai.
  • 1 mangkuk rojak buah
  • Sanwich sardin dan segelas susu rendah lemak.
  • Sebiji buah naga
  • 5 keping biskut dan secawan milo panas.
  • 1 mangkuk salad buah.
  • Semangkuk tau fu fa
  • Satu biji jagung rebus.
  • Segelas jus tomato.
  • Seketul tahu sumbat dan segelas soya.
  • 1 ketul pau kukus dan susu rendah lemak
  • 1 cawan yogurt asli
P/s: Cuba sesuaikan makanan dengan selera anda supaya anda tidak mudah jemu! Menu diet sihat ini anda boleh ubah tetapi mengikut kalori yang sama.

''SELAMAT MENCUBA"

Wednesday, 5 October 2011

Langkah baru bermula.......

Masih lagi tercari - cari ......... macamana nak mulakan langkah pertama.......emmmm.... cuba ...cuba..... dan terus mencuba.......