OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditentukan murid boleh:
i. menguasai kemahiran asas 3M
ii. meneruskan pembelajaran di dalam kelas biasa.
iii. menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pelajaran.
MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
KONSEP KELAS PEMULIHAN KHAS
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas iaitu:
MEMBACA
MENULIS
MENGIRA
1. KONSEP
1.1 Program pendidikan pemulihan adalah satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah.Program ini khusus ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira dan dikendalikan oleh guru-guru Pemulihan Khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.
2. OBJEKTIF
2.1 Membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemairan-kemahiran membaca, menulis dan mengira;
2.2 Membantu murid-murid mengatasi sikap yang negatif dan tingkahlaku
yang menjejaskan pembelajaran dan memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
3. STRATEGI PENDIDIKAN PEMULIHAN
3.1 Murid yang memerlukan pengajaran pemulihan di bawa keluar ke kelas Pemulihan Khas pada masa-masa tertentu untuk mendapatkan pengajaran pemulihan daripada guru pemulihan khas. Setelah selesai mereka akan balik semula ke kelas biasa untuk meneruskan pelajaran mereka.
4. TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS
4.1 Mengajar murid-murid lemah dari Tahun 2 – 6.
4.2 Mengajar dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Matematik.
4.3 Mengajar di Kelas Pemulihan Khas sahaja.
4.4 Mengubahsuai aktiviti-aktiviti pembelajaran dalam sukatan pelajaran mengikut keperluan murid.
4.5 Berjumpa dan berbincang dengan guru kelas/ibu bapa bagi memahami masalah dengan lebih mendalam.
4.6 Melakasana penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid.